Perkara ini berlaku pada cuti Malaysia hari itu (16/9). Dhia bersama rakan2 telah ber'sopping' di Setia City Alam Mall. Tapi sebenarnya tujuan kami ke sana adalah untuk makan di SEOUL GARDEN. Dah lama tak makan ala2 korea...hehe..
Sampai di SCAM, masha'allah, ramainya manusia. Tak sangka boleh ramai camtu. Feeling2 raya plak rasa. Tak sabarnye nak shopping. Act, post ini bukanlah nak cerita berapa pasang baju Dhia dan rakan2 borong kat situ atau berapa pinggan daging kami ambik untuk berbacue. Tapi pasal kekhilafan Dhia sebagai hambanya dan sifat penting diri hambaNya yang lain.
Banyak 'sale' hari itu. Rambang mata dibuatnya. Selepas makan di SG, Dhia n rakan2 keluar masuk kedai sampai tak ingat dunia. Sehinggalah lebih kurang 20 minit lagi nak masuk waktu Asar. Masa tu dah gelabah coz tak solat Zohor lagi..huhu
Sampai kat ruang solat mall, tengok2 ramai sangat orang dalam tu. Ada yang tengah solat, ada yang duduk tepi main phone n borak n ada juga yang masih belum solat coz menunggu telekung milik ruang solat dari orang lain. Kami terus ambik wudhu n then tunggu telekung.
Apa yang Dhia sakit hati sangat ialah ada la beberapa orang makhluk ni yang dah habis solat tapi nak tunggu solat Asar punya pasal, sanggup duduk tepi buat2 tak nampak orang2 yang perlukan telekung nak solat Zohor. Dhia adalah juga pandang ke arah mereka tapi 'useless' becoz they did not even care. Sanggup diorang biarkan saudara seIslam mereka dapat dosa besar.

Dua orang rakan Dhia yang lain akhirnya dapat telekung, so Dhia tunggu diorang sampai sudah solat. Tapi malangnya dah masuk waktu Asar. Dhia tak sempat solat Zohor. Rasa sedih sangat, sebab bila difikirkan lau makhluk2 tu tak pentingkan diri, mesti Dhia dapat solat Zohor.
Mesti korang akan cakap, maybe makhluk2 tu pakai telekung sendiri kot. NO!!! sebab Dhia sendiri nampak dengan mata sendiri, selepas je dorang solat Asar, dorang bagi telekung tu kat sorang kakak ni. Dan Dhia pasti kakak tu bukan sahabat/keluarga/kenalan makhluk tu. Kakak tu adalah orang yang sama2 dengan Dhia tunggu telekung. Lupa nak bgtau yang selain Dhia ada la dalam 6 orang yang tak sempat tunaikan solat Zohor.

Kesimpulannya kat sini adalah kekhilafan Dhia dan sifat makhluk2 tu yang sangat pentingkan diri.
Kekhilafan Dhia ialah :-
1) tak solat awal waktu
2) tak bawa telekung sendiri
3) tak pakai pakaian yang sesuai untuk dibawa solat
Kesalahan makhluk tu :-
1) pentingkan diri sendiri
2) tak ada perasan bersalah lansung melihat saudara seIslam mereka mendapt dosa
So, that's my story.. hope dapt jadikan teladan dan pengajaran buat diri Dhia dan para pembaca.
No comments:
Post a Comment